Thursday 11 July 2013

JANGAN MAKAN BIJI EPAL

        

       Sebahagian ahli pemakanan mengesyorkan agar epal dimakan bersama dengan kulitnya supaya manfaat seratnya boleh didapatkan. Meski begitu, jangan makan epal bersama dengan bijinya.Biji epal mengandungi zat amigdalin yang di dalam organ pencernaan boleh diubah menjadi hidrogen sianida yang beracun. Namun, kalau hanya mengambil satu buah epal tentu kesan toksin dari biji tersebut sangat kecil.       Epal bukanlah satu-satunya buah yang mengandungi amigladin. Buah lain antara lain aprikot, pic, plum, almond, dan quince. Kadar amigdalin dalam epal tergolong kecil dan bijinya harus dikunyah dengan baik baru zat tersebut keluar.Amigdalin adalah toksin glikosida yang jika digabung dengan enzim pencernaan menghasilkan hidrogen sianida, racun yang sama dengan yang disebut Cylon B. Racun tersebut juga dipakai untuk pembunuhan beramai-ramai di kem tahanan saat Perang Dunia II.         Meski begitu, buah atau biji buah yang mengandungi amigdalin boleh diproses untuk menghilangkan zat beracunnya. Contohnya adalah singkong yang kandungan cyanogen-nya sangat tinggi, tetapi boleh diolah menjadi tepung tapioka. Pemasakan juga membuat cyanogen dalam singkong menjadi tidak berbahaya. Racun dalam kacang almond juga boleh dihilangkan dengan proses sedemikian rupa.

         Amigdalin yang sudah diubah menjadi hidrogen sianida boleh berbahaya kerana ia akan mengurangkan kemampuan sel darah merah membawa oksigen. Meski dalam jumlah kecil tubuh boleh membuang hidrogen sianida, dalam jumlah besar, itu boleh membawa maut.Seseorang yang keracunan hidrogen sianida akan mengalami gejala gementar, lemas, mual, muntah, degupan jantung berdebar cepat, dan sakit kepala. Dalam jumlah yang besar, hidrogen sianida akan menyebabkan sesak nafas, koma, gagal nafas, tekanan darah rendah, kerosakan paru, bahkan kematian.      Tetapi, tak perlu bimbang kerana memakan satu buah epal utuh bersama bijinya tak akan membuat kita keracunan. Permukaan biji yang keras menjaga agar racun tetap berada di dalam biji dan boleh melewati organ pencernaan secara utuh.Kerana itu, jangan pernah menggigit biji epal. Jika ingin lebih selamat, buanglah biji epal sebelum dimakan, terlebih untuk anak yang kadar toleransi tubuhnya terhadap amigdalin masih rendah. Buang juga biji epal sebelum epal diblender atau dibuat jus, yang dibuat jem, atau sirap.


1 Comment:

teighsm said...

replica bags us gucci fake c6n99c4b50 replica bags koh samui 7a replica bags hermes fake d9z10p5d54 replica bags new york read review g6p95w2o99 replica louis vuitton bags replica bags reddit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online