Tuesday 9 July 2013

Teori Pembelajaran Connectivism


          Teori Pembelajaran Connectivism telah diperkenalkan oleh George Siemen (2004). Menurut George Siemens, Connectivism merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital masa kini dan merupakan alternatif teori pembelajaran pada abad digital. Beliau telah membangunkan teori pembelajaran Connectivism kerana percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism, Cognitivism dan Constructivism tidak dapat lagi memenuhi sifat pengajaran dan pembelajaran dalam zaman digital kini.
        Teknologi telah merubah kehidupan, komunikasi dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan perubahan teknologi. Penggunaan makmal komputer (topologi rangkaian) atau penggunaan ipad atau komputer tablet dan penggunaan laman sosial seperti Facebook, Skype dan lain-lain di dalam kelas kini merupakan satu keperluan dan bukannya sebagai satu aksesori.
       
Kita boleh mempertimbang untuk menerima pakai konsep Connectivism dalam konteks budaya baru kemasyarakatan, melalui kewujudan ciptaan baru dengan penghasilan produk-produk yang berasaskan pengetahuan dan kepintaran buatan (Floridi, 2008). Pendidikan berasaskan online banyak menyumbangkan kepada perkembangan peluang-peluang pendidikan secara formal dan tidak formal (Merrian, 2006).
George Siemens (2004) menyenaraikan prinsip-prinsip Connectivisme adalah seperti berikut:-
1. Kepelbagaian pendapat: pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan pandangan individu.
2. Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus: pembelajaran dijalankan secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-nod yang khusus.
3. Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia.
4. Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding apa yang telah diketahui sekarang.
5. Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan.
6. Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep merupakan perkara yang utama.
7. Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism.
8. Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.
9. Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi kepadatan maklumat.
10. Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online