Friday 2 August 2013

Aidilfitri Pada 6 Ogos


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri mungkin pada 7 atau 8 Ogos 2013. Tetapi terdapat satu kumpulan tarekat  Naqsyabandi akan menyambut Syawal pada 6 Ogos ini. Kumpulan tarekat ini berbeza dengan tarekat yang lain di Indonesia iaitu kerajaan Indonesia mengisytiharkan 8 Ogos sebagai permulaan menyambut Syawal. Apapun, perkara ini tidak akan berlaku di Malaysia.

Apabila membaca kisah ini, penulis teringat pada zaman penulis kecil iaitu dala tahun 80an, di utara Kedah, sambutan hari raya Aidilfitri lebih awal sehari. Penulis biasa pergi rumah yang telah menyediakan ketupat dan rendang, sedangkan pada waktu itu, penulis masih lagi berpuasa. Mungkin terikut dengan kerajaan selatan Thailand yang meraikan aidilfitri sehari lebih awal dari Malaysia. Apa pun, penulis anggap penyebaran maklumat pada waktu itu menyebabkan ada penduduk yang beraya lebih awal sehari. Mungkin puasa mereka dah cukup sebulan, makanya mereka beraya lebih awal atau mengikut tarekat seperti di Indonesia ini.

Berikut kenyataan akhbar mengenai tarekat Naqsyabandi meryakan Aidilfitri pada 6 Ogos.

Padang: Jemaah tarekat Naqsyabandi Sumatera Barat akan menyambut Aidilfitri Selasa depan, 6 Ogos ini.
Setiausaha cawangan jemaah itu di Kota Padang, Edizon berkata, ia berdasarkan perhitungan puasa selama 30 hari selepas mereka mula berpuasa pada 7 Julai lalu.

Menurutnya, 5,000 anggota jemaah itu yang menetap di Kota Padang dan Solok Selatan akan menyambut hari raya pada hari yang ditetapkan. Cara yang digunakan untuk menentukan awal puasa ialah menerusi pengiraan munjid yang didakwa mengikut amalan turun-temurun sejak zaman Rasulullah.

“Kaedah pengiraan itu dibuat ulama besar pada zaman Rasulullah dan jemaah akan bertakbir raya pada 5 Ogos selepas solat Maghrib,” katanya.

Terdapat 70 masjid dan surau pengikut tarekat itu di seluruh Sumatera. Muhammadiyah, kumpulan Islam kedua terbesar Indonesia mula berpuasa 9 Julai lalu dan baru-baru ini mengumumkan hari raya jatuh pada 8 Ogos. Kerajaan Indonesia dan Nahdlatul Ulama pula mula berpuasa 10 Julai dan menyambut raya pada 8 Ogos juga.-Agensi

Yang pasti Malaysia akan menyambut Aidilfitri berdasarkan mohor besar raja-raja nanti.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online